Staff-staff dan pegawai-pegawai tmpt Aq praktikal tuh, wajib join seminar ni. Hanya segelintir yang tak join coz ofis still running. Student-student praktikal pon join sama jugak coz nak cukupkan kuota. Seminar ni berlangsung di Institute For Rural Advancement (INFRA), Bangi, selama 3 hari 2 malam (4/10 - 6/10).
Macam biasa, daftar dulu. Tempat penginapan, memang tak terduga. Ala-ala macam hotel sebintang dua camtu. Sebilik 2 orang. Lengkap dengan katil single 2 buah, aircond, peti ais, tv, kerusi meja kopi. memang selesa la. Mati-mati ingatkan kena kongsi toilet la, duduk dorm la, mandi air kolah beramai-ramai la, konon kena rekrut mcm tentera la. Haih! Sume tu palsu! palsu!
Aktiviti penuh dengan ceramah. 1 Malaysia la katekan. Patriotik. Antara penceramah2 dan tokoh2 ialah Datuk Khalid Abu Bakar (Timbalan Ketua Polis Negara), Dato' Hj. Shahlan Ismail (S/U Politik PM), Tan Sri Dato' Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah (mantan-vc UiTM), Dato' Abdul Aziz Shamsudin (mantan s/u politik Tun Mahathir), dll.
Last day, setiap group kena bentangkan task-task yang diberikan. Tujuan? Untuk dikumpulkan dan dibukukan.
Enjoy dengan seminar tersebut. Pagi-pagi macam biasa, kuliah subuh kat masjid. Tido pon tak rasa nikmat, takda mimpi pon. Penat. Makan 6 kali sehari. Memang syok! Dalam bilik kuliah sempat lagi tido. Tu perkara biasa. Huuuuu~
Perkara luar biasa yang terjadi, memang orang kata 1st time dalam hidup ni:
Senaman pagi Sabtu. Diberi nama Senaman buta, pekak dan bisu. Memang laen dari yang laen. Tak tahu nak explain camne. Memang unik la. Unik sgt2. Tapi ktrng enjoy. Tak kira umur, masing2 bagi komitmen yg baik. Ketawa sampai gastrik dibuatnya. Memang lain dari yg lain la..........
Pagi Ahad. Paling tak boleh bla. Senaman pagi cancel coz malam tuh peserta sibuk siapkan slide and discussion smpai kol 3 pagi. After kuliah subuh yang hanya dihadiri suku peserta, ktrng yg berapa kerat ni terus g breakfast sebelum masuk bilik bersiap utk sesi presentation. 1st time breakfast kat dewan makan dengan bertelekung litup! hahahaha~ Dah macam orang g umrah perasaannya.

p/s: kat sana ada 2 jurukamera yang terdiri daripada mamarazi dan paparazi. Beratus-ratus dorng snap dlm 1 hari. Yang bestnya, gambar tersebut dorng akan print and tampal kat board tak sampai satu jam selepas slot habes. Kiranya macam keluar jek dewan, gambar tadi dah terpampang untuk tontonan. Cekap dan telus betul dorng ni......

0 kesan tapak kaki:
Post a Comment